Biografi Tom Clancy

Dilahirkan di Kaunti Baltimore, Maryland, Clancy menyertai Loyola Blakefield, sebuah sekolah persediaan di Towson, Maryland, dan tamat sekolah pada tahun 1965. Beliau kemudian menyertai kursus Kesusasteraan Bahasa Inggeris di Kolej Loyola yang terletak di Baltimore, dan memperoleh ijazahnya pada tahun 1969. Clancy berkata bahawa beliau mempelajari bahasa Inggeris kerana tidak cukup pandai untuk belajar fizik. Sebelum kemunculannya dalam bidang kesusasteraan, beliau menghabiskan masanya untuk mengendalikan sebuah perniagaan insuran.

Clancy berkahwin dengan isteri pertamanya, Wanda, pada dekad 1970-an. Selepas melahirkan beberapa anak, mereka bercerai pada tahun 1998. Pada tahun yang sama, Tom Clancy telah menandatangani sebuah perjanjian belian untuk membeli pasukan bola sepak Minnesota Vikings, akan tetapi urus niaga itu gagal ketika penyelesaian perceraian mengurangkan nilai bersihnya secara ketara. Clancy berkahwin dengan penulis Alexandra Marie Llewellyn yang berumur 32 tahun pada 26 Jun 1999 ketika beliau berumur 52 tahun.

Tom Clancy merupakan pembela Islam yang awal selepas Serangan 11 September 2001. Pendiriannya ini memeranjatkan banyak orang. Beliau ditemu ramah oleh CNN pada lewat hari itu. Clancy juga bergaul dengan Jeneral Anthony Zinni, pengkritik terhadap kedua-dua perang di Iraq serta Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Kedua-dua penulis itu telah bekerjasama untuk menghasilkan dua buah buku.

Meninggal dunia pada 01 Oktober 2013 pada usia 66 tahun di Hospital Baltimore, Maryland berhampiran dengan rumah beliau.